WAHEEDA, The Beautiful Star






Selamat datang ke blog Waheeda. Anda bebas untuk memberikan sebarang komen & elakkan sebarang bahasa yg kesat.



Subject: Waheeda popular dengan Wassini | Sunday, July 13, 2003
SERONOKNYA apabila Mama Juwie dengar lagu irama padang pasir rentak baru berjudul Wassini nyanyian penyanyi baru yang cun - Nor Waheeda Abdul Wahab (24 tahun).

Boleh dikatakan irama seperti lagu Wassini tu memang trend muzik lagu Arab masa kini. Jjika Wassini diketengahkan ke negara-negara Arab pun boleh dapat sambutan hangat.

Menurut Waheeda, Wassini maksudnya nasihatilah aku. Paling menarik iramanya pada bahagian korus. Rasa macam disko-dut. Terhangguk-hangguk kepala mendengarnya. Antara lirik korusnya menyebut: ``Arina maza tara (beritahu aku apa yang kau lihat)... hakaza wakaza (itu dan ini)... mafi ayadina (tak tahu apa yang ada dalam genggamanmu)...'' Begitulah maksudnya yang diberitahu oleh Waheeda. Iramanya ciptaan Sarinin Abdul Fatah dan lirik oleh Yasin. Liriknya campur bahasa Melayu.

Waheeda yang peramah dan periang orangnya memang ada potensi untuk terus popular. Dia juga bukan calang-calang penyanyi. Dia memikili ijazah. Selepas lulus gred satu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dari Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor (1995), dia mengambil peperiksaan peringkat A-Level dalam bidang perundangan di Pusat Persediaan Pelajar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam (akhir 1995-98). Kemudian dia sambung belajar ambil Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Kolej Ikram, Bangi (1998-2002). Selepas tamat pengajian, dia sain kontrak buat album dengan Metrowealth pada Oktober tahun lalu.
Waheeda anak sulung daripada empat beradik. Bapanya - Abdul Wahab Yusof (52) seorang jurutera. Keluarganya tinggal di Taman Bukit Tiram, Johor Bahru dan kini Waheeda menumpang di rumah mak ciknya di Kelana Jaya.

Waheeda dijangka menjadi penyanyi wanita lain daripada yang lain kerana dia boleh bermain piano (gred 8), organ dan sedang belajar bermain violin pula. Tentu seronok jika kita dapat melihat penyanyi bertudung litup menyanyi sambil bermain piano dan violin di TV.

Waheeda juga minat berlakon tetapi syaratnya tidak bersentuhan dengan bukan muhrim dan mengekalkan imejnya bertudung.

Rasa-rasanya produser filem - Habsah Hassan boleh cuba ketengahkan bakat lakonan Waheeda untuk filem terbarunya Cinta Beralih Arah arahan Raja Ahmad Alauddin yang akan buat penggambaran di Afghanistan pada September depan.

JUWIE: Dalam majalah Mangga terbaru ada kisah penyanyi alternatif rock bergambar dengan Waheeda sampai bawa balik kain tudung Waheeda. Siapa tu? Bacalah laporan Zeha dalam Mangga.

source:http://www.utusan.com.my

0 Comments: